Followers

Tuesday, April 21, 2015

VIDEO INSIDE - Pemandu Myvi kurang ajar FMT Reporters

Pemandu Myvi enggan mengaku salah walaupun memasuki laluan pemandu lain sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat.


kurang ajar
PETALING: Satu rakaman video menunjukkan dua pemandu bertekak kerana salah faham mengenai laluan menjadi viral.

Dalam video yang berdurasi 1.49 minit, yang dikatakan berlaku di Plentong, Johor, seorang pemandu kereta berwarna kelabu dan bersinglet menengking ke arah seorang lelaki kerana tidak menghentikan kereta walaupun mengakui dia memasuki arah bertentangan.

Ia kemudian dibalas lelaki yang baru keluar dari masjid dan mendakwa pemandu berkenaan telah memasuki laluannya.

Tidak berhenti setakat itu, pemandu berkenaan bertindak lebih agresif dengan menggeluarkan kata-kata kesat dan mempertikai tindakan lelaki berkenaan merakamkan perbuatan kurang ajarnya.

Sebelum beredar, dia sempat memberi isyarat lucah dan memanggil babi.

Ia bagaimanapun berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.