Followers

Tuesday, April 21, 2015

Rafizi fail cabar Akta Bafia - Faiz Zainudin

Menurut peguam pertuduhan sepatutnya digugurkan pendedahan untuk kepentingan ramai malah Akta Bafia telah dimansuhkan dan diganti Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. 

rafizi

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli muemfailkan permohonan mencabar perlembagaan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia).

Rafizi bersama peguamnya, N Surendran memfailkan permohonan itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin.

Surendran yang ditemui media menjelaskan, pertuduhan terhadap Rafizi sepatutnya digugurkan kerana pendedahan yang dibuatnya demi kepentingan ramai.

Jelasnya, pendakwa raya sepatutnya tidak meneruskan kes itu terhadap Ahli Parlimen Pandan bersama seorang lagi tertuduh, Johari Mohamad, bekas pegawai bank.

“Akta Bafia telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Oleh itu, sepatutnya pertuduhan ini digugurkan untuk kepentingan orang awam,” katanya.

Sementara itu Rafizi mendakwa dia merupakan individu pertama dituduh mengikut akta itu kerana mendedahkan maklumat sulit kewangan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Saya telah semak dengan jawapan bertulis di Parlimen dan menteri telah mengesahkan bahawa saya adalah orang pertama setakat ini didakwa mengikut Akta Bafia,” katanya.

Kataya, pendakwaan itu bermotifkan politik tanpa mengambil kira kepentingan orang awam yang berhak untuk tahu kemana sebenarnya wang NFC disalurkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.