Followers

Tuesday, April 21, 2015

Pas tidak tanding Permatang Pauh FMT Reporters

 
Mesyuarat Setiausaha PR bersetuju untuk menyerahkan kepada PAS dan PKR untuk menentukan calon di Rompin dan Permatang Pauh. 

pakatan rakyat

PETALING JAYA: Pas tidak akan bertanding di Permatang Pauh walaupun penyokongnya tidak setuju dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat (PR) pada Isnin.

“Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada parti yang bertanding untuk menentukan calon di Rompin dan Permatang Pauh.


“PKR dan Pas telah membentangkan keputusan parti masing-masing kepada Majlis Setiusaha, (Bahawa) nama calon-calon tersebut akan diumumkan oleh parti berkenaan dalam masa terdekat,” kata Majlis Setiausaha PR dalam satu kenyataan bersama.

Majlis Setiausaha PR diwakili Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Menurut kenyataan bersama itu, Majlis Setiausaha PR turut berikrar untuk bekerjasama dalam mengerakkan jentera parti bagi memastikan calon PR menang di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.