Menurut Datuk Husam Musa sekiranya Datuk Seri
Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, satu badan
ombudsman atau hisbah tertinggi negara diperlukan sebagai jaminan supaya
kesilapan sama tidak berulang.
PETALING JAYA:Datuk Husam Musa mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad
dilantik sebagai pengerusi pertama satu badan ombudsman atau hisbah
tertinggi negara untuk membanteras salah guna kuasa yang dilakukan pihak
kerajaan.
Beliau yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, sekiranya Datuk Seri
Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, mekanisma itu
diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang.
Atas natijah itu, Husam berpandangan Dr Mahathir perlu maju setapak
dengan memperkenalkan pendekatan itu tidak kira siapa yang meneraju sama
ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).
“Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang.
“Bukankah itu satu kemungkaran? Sesiapa yang melihat kemungkaran, ia wajib membetulkan nya.
“Jika kita tidak berupaya membetulkan nya dan Tun M berani
membetulkan nya, atas apa jua motifnya – paling tidak kemungkaran itu
dapat dihentikan.
“Atas dasar itu, kenapa tidak kita membantu Tun M dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.