Najib harus jawab Dr Mahathir, kata naib presiden Umno
Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad
tidak keseorangan menegakkan kebenaran, Naib Presiden Umno Datuk Seri
Shafie Apdal menggesa Putrajaya dan parti Melayu itu menjawab persoalan
yang dilontarkan bekas perdana menteri itu dengan terperinci.
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu yakin penjelasan demikian
akan turut meyakinkan rakyat di samping Dr Mahathir sendiri, sekaligus
dilihat memberikan tekanan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Shafie yang merupakan pemimpin Umno Sabah turut menolak kenyataan Najib
yang mendakwa Dr Mahathir mengkritiknya kerana tidak berpuas hati dengan
tindakan membatalkan pembinaan jambatan bengkok dari Johor ke
Singapura.

"Beliau bertanyakan banyak soalan yang memerlukan penjelasan, jadi amat
penting bagi kita menjelaskan dengan terperinci, saya percaya bukan
sebab jambatan bengkok," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno,
Utusan Malaysia, hari ini
"Ini penting supaya apabila penjelasan dapat dilakukan, kita dapat meyakinkan bukan hanya Tun Mahathir, tetapi juga rakyat.
"Di samping kita menunggu ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negara (PAC), adalah penting bagi sesiapa yang mempunyai maklumat
contohnya Kementerian Kewangan untuk memberi penerangan terperinci
berhubung isu yang dilontarkan," katanya dalam satu sidang media pada
program Pemuda Umno di Ipoh, semalam.
Kenyataan Shafie senada dengan Muhyiddin yang berpandangan Dr Mahathir
sentiasa "menyatakan perkara yang benar" apabila bercakap.
Kenyataan Muhyiddin itu yang dibuat pada satu forum jenayah perang di
ibu kota semalam bagaimanapun tidak memperincikan sama ada ia merujuk
sikap Dr Mahathir terhadap perang, atau merujuk kepada siri kritikannya
kepada Najib.
Dr Mahathir sebelum ini turut meminta Najib meletak jawatan sebagai
perdana menteri bagi menyelematkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dr Mahathir turut membangkitkan skandal menyelubungi pentadbiran Najib
seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan warga
Mongolia, Altantuya Shariibuu. – tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.