Followers

Monday, April 13, 2015

Tidak salah ahli UMNO terima ganjaran Adam Abu Bakar


shahbery-cheek

Perbuatan itu bukan kesalahan asalkan ia dapat membahagiakan orang lain dan diguna untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

KUALA LUMPUR: Tidak menjadi kesalahan jika ahli UMNO mendapat ganjaran daripada parti asalkan wang itu diguna untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau tidak nampak perbuatan itu salah jika wang itu dapat membantu membahagiakan orang lain.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ahli UMNO lebih mengutamakan wang berbanding kesetiaan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ahli UMNO hanya setia kepada parti untuk mendapat ganjaran seperti kontrak dan jawatan.

Shabery yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Ketua UMNO bahagian setia kepada parti kerana mahukan ganjaran.

“Saya tidak dengar jawapan dia (Mahathir),” katanya ringkas sebelum meninggalkan sidang media di Pusat Beli belah Publika pada Ahad.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.