Pengalaman luas mereka akan melicinkan gerak kerja dan jentera kempen BN pada PRK Permatang Pauh dan Rompin
Beliau akan dibantu tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafee Apdal.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Ahmad Zahid dan Hishammudin akan terlibat secara langsung membantu beliau dalam kempen kedua-dua PRK itu.
Mohd Shafee pula mengendalikan Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Presiden UMNO itu.
“Pengalaman luas mereka ini akan dapat membantu saya melaksanakan gerak kerja dan jentera kempen di dua PRK kali ini.
“Saya berpuas hati dengan kerja sama antara parti komponen BN yang sudah pun mula bergerak,”katanya pada sidang media di Bukit Mertajam pada Ahad.
Di sebelah pagi, Muhyiddin memulakan program turun padang dengan melawat Pasar Awam di Seberang Jaya untuk beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.
PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 3 Mei manakala Rompin pada 5 Mei.
Kerusi Permatang Pauh kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat manakala PRK Rompin diadakan selepas Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.