Followers

Monday, April 13, 2015

Mahathir - Ketua Bahagian Umno Sokong Najib Hanya Kerana Wang

 


PETALING JAYA: Perpecahan dalam UMNO telah lama berlaku kerana ahli parti itu lebih mengutamakan wang berbanding kesetiaan kepada parti, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, ahli UMNO di bawah teraju Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden parti, hanya setia kepada semata-mata untuk mendapat kekayaan.

Beliau berkata, ketua-ketua UMNO bahagian setia kepada parti kerana bersebab iaitu untuk mendapat ganjaran seperti kontrak dan jawatan.

Dr Mahathir berkata, ketika beliau meninggalkan UMNO parti itu sangat kuat dan semangat kesetiaan kepada parti dapat dilihat pada Perhimpunan Agung UMNO.

“UMNO sekarang semua tentang duit. Ketua-ketua UMNO bahagian setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.

“Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit,” kata Dr Mahathir ketika ditemubual sekumpulan penulis blogs pada 10 April lalu.

Rakaman temubual itu telah dimuat turun oleh seorang penulis blogs dinturtle.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjawab tuduhan ahli UMNO yang bimbang serangan terhadap Najib akan menyebabkan UMNO berpecah.

Dalam rakaman itu, Dr Mahathir mengulangi dakwaannya bahawa UMNO akan kalah pada PRU14 sekiranya Najib terus berkuasa lapor Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.