Followers

Tuesday, April 28, 2015

Tiada menteri wanita setanding Wan Azizah - Oleh: Adam Abu Bakar

 
wan-azizah-rodziah

Kehebatan dan kegigihan Wan Azizah juga tidak mampu ditandingi oleh mana-mana ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita yang lain.

PETALING JAYA: Tiada menteri wanita Barisan Nasional (BN) yang setanding dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas EXCO Selangor, Rodziah Ismail berkata, kehebatan dan kegigihan Wan Azizah juga tidak mampu ditandingi oleh mana-mana ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita yang lain.

Tidak kira surirumah atau tidak, katanya, setiap wanita perlu dihormati apatah lagi Wan Azizah yang gigih berjuang untuk keadilan suami dan anak-anaknya.

ADUN Batu Tiga itu berkata, kenyataan Datin Paduk Chew Mei Fun yang mendakwa Wan Azizah sebagai ‘surirumah antik’ amat mengecewakan kerana kenyataan itu dibuat oleh seorang wanita.

Katanya, Mei Fun seolah-olah tidak menghormati peranan yang dimainkan surirumah dalam membina masyarakat harmoni.

“Wan Azizah dipilih sebagai calon di Permatang Pauh kerana beliau merupakan salah seorang perintis dalam memperjuangkan agenda reformasi di Malaysia.

“Beliau berjuang dan menuntut keadilan bukan sahaja demi keluarga tetapi juga untuk seluruh masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Rodziah berkata, Wan Azizah memainkan peranan sebagai ADUN Kajang dengan baik dengan menuntut polisi yang tidak membebankan rakyat.

Katanya, calon Permatang Pauh itu menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) demi kesejahteraan rakyat.

“PKR bersama Dr Wan Azizah akan terus meninggikan martabat wanita di Malaysia dan menggalakkan mereka untuk menjadi pemimpin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.