Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya?
Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat
pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang,
1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih
banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran Datuk
A Kadir Jasin hari ini.
Melalui
blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu
berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB
dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat
tersebut.
"Saya terkejut apabila beberapa
hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum
ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.
"Seorang daripada mereka
berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi
maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan
dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan
dipertanggungjawabkan," kata Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com.
Beliau berkata demikian sebagai
tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian
dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.
Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya?
Dr Mahathir semakin kerap
menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani
sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan
warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Melalui blognya, Kadir turut
berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan
perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara
baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.
"Jika lembaga penasihat,
pengarah dan pengurusannya begitu pasti berkenaan modus operandi dan
ketelusan mereka, mereka sepatutnya hadir sidang berkenaan," katanya,
merujuk kepada forum Invest Malaysia 2015 yang berlangsung pada 23 April
lalu.
Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak juga menyuarakan rasa kecewa susulan kegagalan 1MDB hadir dalam forum berkenaan.
Nazir, yang merupakan adik
kepada Najib berkata, kegagalan syarikat berkenaan menghadirkan diri
"tidak membantu" dan hanya menambah persepsi negatif terhadap skandal
yang membelenggu 1MDB.
"Kami menjemput 1MDB tetapi
mereka menolaknya. Mereka enggan turut serta. Saya kecewa kerana saya
fikir mereka mempunyai elemen penting dalam Invest Malaysia,
memandangkan isu berkenaan hangat diperkatakan.
"Penting untuk kami
mengetahuinya. Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih awal ia dijelaskan, lebih
baik untuk semua orang. Bila isu dibiarkan, orang akan menjangkakan
yang terburuk," kata Nazir.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.