Followers

Tuesday, April 28, 2015

Tiada masalah untuk Dr Wan Azizah jaga 2 kawasan, kata PKR



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih boleh memberi perkhidmatan baik untuk penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih boleh memberi perkhidmatan baik untuk penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

Soal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza bukan menjadi isu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Pengarah Strategi parti itu, Sim Tze Tzin.

Malah, katanya, Dr Wan Azizah selaku calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor tidak akan menghadapi masalah untuk berkhidmat di dua kawasan berasingan.

Beliau berkata Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR, masih boleh memberi perkhidmatan baik untuk penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor.

"Bukan tak ada pemimpin yang ada dua kawasan berbeza sebagai ADUN dan Ahli Parlimen," kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu pada sidang media harian PKR sempena PKR Parlimen Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan bagaimana Dr Wan Azizah boleh membahagikan masa untuk berkhidmat serentak di dua kawasan di Pulau Pinang dan Selangor sekiranya menang pada PRK itu.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah PKR bagi PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mansor Othman, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Sued Noh dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada DAP.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Salleh, Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Dr Wan Azizah (PKR), dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. – Bernama


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.