Followers

Thursday, April 16, 2015

SUHAKAM ibarat harimau tidak bergigi FMT Reporters

 
suhakam pota2

Pengerusi SUHAKAM terkilan dengan tindakan kerajaan yang membelakangi badan itu dalam meminda dan memperkenalkan undang-undang baharu.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengibaratkan kewujudannya sebagai “ harimau yang tidak bergigi”.

Kekesalan itu disampaikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berikutan tindakan kerajaan yang membuat keputusan tanpa berunding dengan badan itu.

Kenyataan berkenaan dibuat dengan merujuk keputusan kerajaan melaksana undang-undang baru seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

“Sejak menjadi pengerusi di sini, saya melihat suruhanjaya ini lebih buruk daripada seekor harimau yang tidak bergigi.

“Menurut perspektif saya, SUKAHAM hanyalah pengawal yang ditambat pada jawatannya sahaja,” katanya dalam satu sidang media selepas membentangkan Laporan Tahunan SUHAKAM 2014 di Ibu Pejabatnya.

Beliau juga menuduh kerajaan tidak berunding dengan suruhanjaya itu sebelum membuat sesuatu keputusan.

“Kerajaan juga tidak pernah membahaskan apa-apa laporan SUHAKAM di Parlimen sejak suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada 2008,” tambah Hasmy.

Sehubungan itu, SUHAKAM telah menyatakan pendirian mereka untuk menolak beberapa cadangan kerajaan agar suruhanjaya berkenaan dilihat lebih kuat.

“Sekalipun kami tidak menjadi seekor harimau yang lengkap, namun kami boleh menjadi pengawal yang bergigi untuk menggigit,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam laporan tahunan suruhanya berkenaan, kerajaan telah digesa untuk memberikan jaminan kebebasan berhimpun yang merupakan hak rakyat Malaysia.

“Walaupun polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk perasaan, SUHAKAM berharap polis melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan dengan mengikut nilai dan norma yang ditetapkan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.