Followers

Thursday, April 16, 2015

Mesej dari penjara FMT Reporters

 
anwar_600

Anwar menyampaikan amanat kepada Wan Azizah ketika isterinya melawat di penjara supaya jangan sesekali memberi ruang kepada BN di Permatang Pauh.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) perlu mempertahankan Permatang Pauh daripada dirampas Barisan Nasional (BN) demi menjaga kepentingan rakyat.

Kepimpinan PR diingatkan supaya tidak memberi sedikit ruangpun kepada seterunya untuk merampas kerusi itu daripada PR.

Mesej itu disampaikan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika isterinya itu melawat beliau di Penjara Sungai Buloh pada 10 April lalu, lapor Keadilandaily.

“Anwar berpesan minggu lalu semasa saya melawat beliau, Permatang Pauh mesti dikekalkan kemenangannya.

“Jangan beri sedikit pun ruang kepada Umno BN. Kemenangan Umno BN adalah penderitaan kepada rakyat,” kata Wan Azizah ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Guar Perahu, Penanti pada Selasa.

Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Bekas Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu telah menolak Petisyen Pengampunan Diraja yang difailkan oleh keluarganya.

Penamaan calon PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pula 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.