Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menyindir naib presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa siri bantahan Kita Lawan berjaya menarik ramai peserta.
Tan berkata, Tian sepatutnya menghitung para peserta dengan tepat sebelum mendakwa sedemikian.
"Adakah Tian Chua mengira kepala atau telinga (peserta)? Sedarlah," kata pemimpin Gerakan itu di Twitter.
Kenyataan Chua itu menjawab dakwaan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa Kita Lawan tidak berjaya menarik sokongan besar seperti perhimpunan Reformasi.
Menurut MP Batu itu, jumlah peserta perarakan Kita Lawan dari Sogo ke KLCC melebihi jumlah yang direkodkan pada 1998 dan 1999.
Tan bagaimanapun berkata, hampir 80,000 orang turun ke jalan untuk membantah hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sedangkan, siri perhimpunan Kita Lawan hanya menarik seramai “5,000 orang”, kata Tan.
Laporan media bagaimanapun menyebut, seramai 10,000 menyertai himpunan Kita Lawan selepas Anwar dipenjarakan sekali lagi pada 10 Februari.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.