Followers

Thursday, April 16, 2015

Ahli politik lobi Naib Canselor UMT? FMT Reporters

 
umt_600

Kelewatan Kementerian Pendidikan melantik Naib Canselor yang baharu menimbulkan spekulasi ada ahli politik cuba melobi untuk ahli keluarganya dilantik ke jawatan itu.


PETALING JAYA: Kelewatan pihak Kementerian Pendidikan mengumumkan pelantikan Naib Canselor universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu telah menimbulkan banyak spekulasi di kalangan kakitangan Universiti Awam (UA) itu.

Tambah meresahkan mereka apabila terdapat desas-desus yang mendakwa ahli politik cuba menggunakan pengaruhnya untuk melantik ahli keluarga terdekat ke jawatan itu.

Spekulasi itu meresahkan kakitangan UMT kerana bimbang individu yang tidak layak dari segi akademik dan pengalaman dilantik sekali gus boleh menjejaskan kredibiliti dan mutu pengajian universiti berkenaan.

Kontrak perkhidmatan Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo sebagai Naib Canselor telah tamat pada 12 April lalu selepas tiga tahun memegang jawatan itu.

Justeru, kakitangan UMT menggesa Kementerian Pendidikan mengumumkan segera Naib Canselor yang baharu bagi mengelak pihak-pihak tertentu melobi .

FMT difahamkan kakitangan UMT mahukan kontrak Dr Ibrahim disambung kerana beliau berjaya melaksanakan banyak transformasi di universiti berkenaan.

Sumber di kementerian mengesahkan menerima rayuan itu dengan alasan beliau mampu membawa universiti ke tahap lebih tinggi.

UMT asalnya Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah Universiti Putra Malaysia (dulunya Universiti Pertanian Malaysia) dan dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Malaysia Terengganu (KUSTEM) pada 2001.

Pada Februari 2007, KUSTEM dikenali sebagai UMT di bawah program penjenamaan semula kolej-kolej universiti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.