Followers

Thursday, April 16, 2015

PKR persoal cadangan jual Sacofa ke syarikat keluarga Taib OLEH DESMOND DAVIDSON

PKR Sarawak mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud. – Gamber The Malaysian Insider, 15 April, 2015.
PKR Sarawak mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

PKR Sarawak mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

PKR Sarawak hari ini mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMS), syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How berkata ia jelas bertentangan dengan ikrar Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mendukung integriti kerajaan negeri.

Katanya, Adenan sepatutnya membawa isu penjualan syarikat infrastruktur telekomunikasi ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibincangkan.

Sacofa pada tahun 2002 memperoleh kontrak monopoli 20 tahun oleh kerajaan negeri bagi membina, menguruskan, memajak, dan menyelenggara menara telekomunikasi di negeri itu.

Sehingga kini, syarikat itu mendirikan lebih 600 menara telekomunikasi, yang kemudiannya dipajakkan kepada syarikat telekomunikasi di Sarawak.

Menurut See, Sacofa sangat "lumayan" apabila rekod pada tahun 2012 menunjukkan syarikat itu menjana keuntungan RM155.28 juta dan RM153.41 juta pada tahun 2013.

Keuntungan sebelum cukainya RM84.59 juta, manakala selepas ditolak cukai, keuntungan yang dicatatkan adalah sebanyak RM66.93 juta pada tahun 2012.

Bagi tahun 2013, keuntungannya masing-masing ialah RM62.77 juta dan RM51.64 juta.

"Kerana melupuskan aset yang begitu bernilai dimiliki kerajaan negeri itu, saya mohon agar ketua menteri membentangkan cadangan tawaran itu yang melibatkan kehilangan 50% ekuiti Sacofa kepada CMS dalam sidang DUN akan datang bagi mendapatkan kelulusan ahli Dewan selaras dengan ikrar kerajaan mendukung integriti pentadbiran kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tidak ada sebab kerajaan negeri begitu mudah boleh menjual satu daripada usaha perniagaannya yang membawa keuntungan lumayan, kepada syarikat awam milik persendirian dengan harga murah.

"Apa rasional di sebalik menghapuskan perniagaan yang selama ini mendatangkan keuntungan ekonomi kepada negeri?

"Ada akan berakhir monopoli Sacofa yang memasang kemudahan jaringan telefon selepas konsesi 20 tahun itu tamat tahun 2022?" soalnya.

Adun Batu Lintang itu mempersoalkan sama ada kerajaan negeri sudah memaklumkan kepada pemegang saham lain "yang pemilik atau sebahagian besar pemiliknya rakyat Sarawak".

Katanya, kerajaan negeri juga harus menjelaskan sebab penjualan itu dibuat tanpa melalui proses tender "bagi memastikan faedah dan nilai terbaik daripada penjualan saham".

See berkata Adenan yang juga menteri kewangan dan pengerusi Yayasan Sarawak, bakal berdepan ujian mempertahankan ikrar integritinya jika beliau membenarkan tawaran itu diteruskan.

Mengikut cadangan jualan yang diumumkan pada 2 April lalu, kerajaan negeri setuju untuk menghapuskan 50% pegangan sahamnya kepada CMS dengan harga RM186.79 juta, satu tawaran yang disifatkan See sebagai "tawaran yang amat bagus kepada CMS, tetapi merugikan negeri."

Melalui keuntungan bersih 33% daripada hasil Sacofa setiap tahun, harga belian 50% ekuiti itu berdasarkan pendapatan, digandakan 7, jumlahnya terlalu rendah.

"Berbanding penilaian semua syarikat infrastruktur telco lain yang memperoleh pendapatan satu digit, saham mereka didagangkan lebih 30 kali ganda di Bursa Malaysia," katanya.

Kerajaan negeri memiliki 70.5% ekuiti di Sacofa, melalui Pemerbadanan Setiausaha Kewangan Negeri.

Yayasan Sarawak memiliki 6.8% ekuiti dalam syarikat itu, manakala Celcom Axiata-Berhad dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd masing-masing memiliki 15.1% dan 7.6% saham.

Laman web pemberi maklumat, Sarawak Report kini mempersoalkan "berapa banyak lagi Sarawak masih dikawal" Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, yang keluarganya mengawal CMS.

Menurut Sarawak Report, CMS "pada asalnya diswastakan" kepada Taib dan keluarganya ketika beliau menjadi ketua menteri pada tahun 1980-an. – 15 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.