Followers

Wednesday, April 29, 2015

'Suara dari penjara' untuk Wan Azizah

 
 
Tanpa jasadnya di Permatang Pauh, kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dirasai dengan kemunculan sekeping surat daripada beliau menggesa pengundi menyokong isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui surat itu Anwar berkata, dia akan terus bersabar menghadapi nasibnya yang kini dipenjara di Sungai Buloh.

“Insha-Allah, saya akan terus bersabar dan perkuat tekad berjuang (dalam menghadapi lima tahun penjara)," katanya.

Menurut bekas timbalan perdana menteri itu negara kini "bergelut dengan pelbagai tindakan kezaliman dan mendera rakyat" serta beban cukai termasuk GST.

“Sekali lagi saya mohon sokongan saudara-saudara memilih Dr Wan Aziah Ismail mewakili Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegak keadilan dan membela nasib rakyat,” katanya.

Anwar dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen selepas disabitkan kesalahan di mahkamah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 7 Mei ini sebagai hari mengundi bagi memilih calon menggantikan Anwar.

Pakatan diwakili Wan Azizah yang juga Presiden PKR. Beliau dicabar tiga lagi calon, termasuk dari BN, Suhaimi Sabudin dan dua calon bebas.

Surat Anwar itu ditulisnya ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.