Followers

Tuesday, April 14, 2015

Siasat jika Jho Low seleweng 1MDB, kata Pemuda Umno

Pemuda Umno menyelar ahli perniagaan Jho Low selepas beliau melabelkan Umno sebagai 'spin master' dalam kontroversi 1MDB.

Pemuda Umno menyelar ahli perniagaan Jho Low selepas beliau melabelkan Umno sebagai 'spin master' dalam kontroversi 1MDB.

Ahli perniagaan Low Taek Jho perlu disiasat dan dikenakan tindakan jika bukti menunjukkan beliau terlibat dalam penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.

Merujuk laporan muka depan akhbar The Edge Financial Daily (TEFD) hari ini, beliau berkata, Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak perlu menuduh Umno yang memutarbelitkan isu berhubung syarikat pelaburan strategik negara itu dan melabelkan parti itu sebagai “spin masters”.

"Persoalan yang timbul ialah siapakah Jho Low untuk seolah-olah mempersalahkan Umno dan melabel pemimpin Umno sebagai 'spin masters'?

"Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibdillah mengulas wawancara Jho Low dengan majalah perniagaan Euromoney, yang dikeluarkan dalam bentuk “teaser” oleh TEFD hari ini, memetik ahli perniagaan kontroversi itu mengatakan, “Those Umno guys are spin masters" (Orang Umno itu kaki putar belit).

Katanya, siasatan audit yang menyeluruh dan telus perlu dibuat segera tanpa melindungi kepentingan mana-mana pihak.

Tambahnya, hasil siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu amat penting kerana ia dijadikan kayu ukur kelangsungan Umno itu sendiri.

"Jho Low harus disiasat, dan jika beliau terbukti bersalah, perlu juga diambil tindakan!

"Janganlah baling batu sembunyi tangan, Jho Low. Tak perlu untuk fitnah pemimpin Umno apabila sedang berdepan masalah yang besar. Seolah-olah Jho Low mahu melepaskan tengkuk beliau sahaja." – 14 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.