Khairy menyifatkan Mukhriz sebagai seorang ahli politik berpengalaman dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.
Teguran berkenaan dibuat, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau KJ yang menyifatkan Menteri Besar Kedah itu sebagai ahli politik yang lama dan akan membuat keputusannya dalam masa terdekat.
“Saya percaya dia (Mukhriz) memahami situasi yang sedang berlaku dan akan membuat kenyataan tidak lama lagi.
“Dia seorang ahli politik yang berpengalaman dan dia sedar apa yang sedang berlaku. Tidak perlu menekan dia,” katanya yang dipetik dari The Star.
Sebelum ini Mukhriz dikatakan telah dikritik hebat oleh beberapa pemimpin UMNO kerana tidak menyuarakan sokongannnya terhadap presiden parti.
Polemik berlaku selepas bapa Mukhriz yang juga merupakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengkritik keras kepimpinan Najib yang dikaitkan dengan pelbagai isu seperti 1MDB dan pembelaan Sirul Azhar Umar, yang dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan membunuh Altantuya Shaariibu.
Sebelum ini, seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, telah meminta Mukhriz untuk meletakkan jawatannya sekirannya masih tidak menyatakan sokongannya terhadap Najib.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.