Serangan Tun M terhadap Najib juga menunjukkan Barisan Nasional dan UMNO ketandusan pemimpin berwibawa.
Pandangan berkenaan dibuat Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Facebooknya.
Katanya, Barisan Nasional (BN) dan UMNO sudah tidak lagi memiliki calon yang berwibawa bagi menggalas tugas itu.
“Sebenarnya Tun M tidak perlu menyerang Najib atau sebelumnya Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), kerana beliaulah yang mencadangkan kedua mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Dalam kenyataan yang bertajuk ‘Apa di sebalik serangan Tun M’, turut diketengahkan Wawasan 2020 yang dikaitkan dengan kegagalan perancangan kepimpinan negara dalam membawa rakyat ke arah kemajuan.
“Ukuran pencapaian ini bukan hanya diukur dari pendapatan perkapita rakyat yang jauh panggang dari api, bahkan ia turut mencerminkan kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat sebagaimana yang digembar-gemburkan dalam wawasan tersebut,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.