Followers

Wednesday, April 15, 2015

Cincin RM24.4 juta Rosmah kes lama-SPRM FMT Reporters

 
rosmah cincin

SPRM mendedahkan siasatan berhubung pembelian cincin Rosmah sudah dijalankan sebaik laporan diterima.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah melakukan siasatan berhubung pembelian cincin berharga RM24.4 juta yang didakwa dibeli isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengesahan itu dibuat Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang menegaskan tiada mana-mana pihak termasuk mereka yang berprofil tinggi akan terkecuali.

“Kita siasat dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta oleh Rosmah satu jam selepas laporan dibuat pada SPRM pada tahun 2011.

“Dua jam kemudian, saya menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan meminta isterinya membawa cincin yang diperkatakan itu,” katanya petik laporan Sin Chew Daily.

Abu Kassim juga mengesahkan bahawa pegawainya turut menghubungi Jabatan Kastam pada hari berikutnya dan mendapat pengesahan bahawa cincin itu dihantar balik ke New York.

“Ini kali pertama kami dedahkan perkara ini.

“Saya hendak beritahu kamu, kalau kami siasat isteri Perdana Menteri, apakah lagi ada kes yang kami takut untuk disiasat?” soalnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.