Followers

Friday, April 10, 2015

Sabri Yaakob: "Bimbang Masyarakat Akan Hilang Rasa Hurmat Terhadap Tun Mahathir"

 
 
Menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bimbang jika rasa hormat masyarakat luntur bila bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad terus membangkitkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, tindakan Mahathir mempersoalkan kes berkenaan tiada bezanya dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya percaya rakyat masih menghormati Mahathir sebagai negarawan, dan saya harap Mahathir akan terus kekal sebagai negarawan.

“Kalau kita lihat dalam isu Sirul (Azhar Umar), Mahathir meletak diri dia setaraf dengan (ketua penerangan PAS, Datuk) Mahfuz Omar.

“Mahathir tidak sepatutnya meletakkan dirinya ke peringkat itu,” kata Ismail kepada pemberita selepas satu program kementeriannya hari ini.

Ismail mengulas mengenai pertemuan Mahathir dengan ibu kepada Sirul, dan Mahfuz.

Sirul merupakan salah seorang daripada dua komando polis yang dijatuhkan hukuman mati atas pembunuhan Altantuya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata Mahathir tidak sepatutnya mendesak agar kes Altantuya disiasat semula untuk mengetahui individu yang mengarahkan pembunuhan tersebut.

“Kalau Mahathir membangkitkan isu Sirul yang telah diputuskan oleh mahkamah persekutuan, bermakna Mahathir tiada berbeza dengan Anwar Ibrahim.

“(Anwar) masih mempersoalkan keputusan makamah persekutuan yang menjatuhkan hukuman kepada beliau,” katanya.

Tambahnya, Mahathir juga sebelum ini tidak mahu kes Anwar disiasat semula, tetapi bersungguh-sungguh meminta agar kes Altantuya disiasat semula

“Kalau kita menghormati kehakiman, kita patut menghormati apabila kita minta rakyat menghormati keputusan yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim, kita mesti konsisten, jangan ada pilih kasih.

“Kes sirul hendak minta buka balik tapi Mahathir tak setuju jika kes Anwar nak buka balik,” katanya.


Malaysiakini
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.