Followers

Friday, April 10, 2015

Rosmah tidak bersalah FMT Reporters

Menurut Datuk Seri Salleh Keruak, selain mencari salah laku Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga memberi gambaran Rosmah sebagai raksasa bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

salleh-keruak---rosmah

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir dituduh akan mencari jalan untuk menjatuhkan mana-mana pengantinya yang tidak menepati kehendak beliau.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kaedah itu pernah digunakan bekas perdana menteri ke atas Tun Abdullah Badawi.

Dalam tulisannya di blog Salleh Said Keruak (SSK), beliau menyifatkan kritikan yang dibuat Dr Mahathir bukan perkara baru kerana pelbagai tuduhan pernah dilemparkan kepada bekas Perdana Menteri Kelima.

“Bagi memperlekeh Pak Lah, dia berkata bukan beliau yang mentadbir negara ini. Sebaliknya diuruskan oleh kerajaan 4K: Kak Endon (isteri Pak Lah), Khairy (Menantu Pak Lah), Kamal (anak Pak Lah) dan Kalimullah (orang kuat Pak Lah)”, dakwa Salleh.

Jelasnya, cara yang sama kini digunakan Dr Mahathir bagi menyingkirkan Najib di mana beliau menggunakan individu di sekelilingnya terutama membabitkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau mendakwa gelaran Wanita Pertama bukannya perkara baru kerana ia pernah digunakan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Dr Mahathir.

“Isteri Perdana Menteri sepatutnya memainkan peranan dalam kerajaan dan ini telah menjadi amalan sejak zaman Dr Mahathir apabila isteri Perdana Menteri mula dipanggil Wanita Pertama”, katanya dalam entri ‘Rosmah Mansor, the target to get Najib’.

Dalam tulisan yang sama Salleh mempertahankan keistimewaan yang diberikan kerajaan kepada Rosmah.

“Di Malaysia, sudah tentu, peranan Wanita Pertama tidak begitu formal dan tidak diinstitusikan seperti di Amerika Syarikat”, jelasnya.

Menurut Salleh, selain mencari salah laku Perdana Menteri, Rosmah telah diberi gambaran sebagai raksasa bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Jelas Salleh siapapun yang menjadi perdana menteri, mereka terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan Dr Mahathir.

“Selepas enam tahun di pejabat, Najib masih belum melaksanakan projek Crooked Bridge (Jambatan Bengkok) dan projek kereta api landasan berkembar ke Singapura dan ini adalah isu yang menjadikan Dr Mahathir tidak selesa.

“Barang siapa yang pilihan Dr Mahathir sebagai pengganti kepada Najib perlu menjadi orang yang boleh melaksanakan Jambatan Bengkok dan landasan berkembar keretapi ke Singapura dalam tahun pertama memegang jawatan. 

Jika tidak maka orang ini juga akan menghadapi risiko dikritik seperti Perdana Menteri sekarang,” kataya lagi.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.