Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hassan tidak semua percakapan atau penulisan boleh didakwa
menghasut kerana perlu dilihat juga niat dan tujuan ia dibangkitkan.
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata niat dan tujuan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu berbeza dengan pembangkang yang sentiasa mencari salah kerajaan.
“Pihak yang merasakan satu pihak lain semuanya salah, dan sering menganggap apa yang dilakukan oleh pihak lain semua salah boleh dianggap sebagai political extremist.
“Tetapi Mahathir bukannya political extremist ekstremis, namun pembangkang di Malaysia ini boleh dikatakan sedemikian,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Pengerusi Komuniti Prihatin Jenayah Malaysia (MCCC) itu juga mempertahankan Dr Mahathir yang didakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan menghasut.
Musa berkata, Dr Mahathir hanya meminta Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat.
“Tidak wajar sekiranya beliau didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 berdasarkan persoalan-persoalan yang dibangkitkan itu,” katanya.
Musa berkata, tidak semua percakapan atau penulisan boleh didakwa menghasut kerana perlu dilihat juga niat dan tujuan ia dibangkitkan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebelum ini telah membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Dr Mahathir kerana didakwa menghasut.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.