Followers

Wednesday, April 1, 2015

Rakyat tanggung RM1.5 bilion tampung jet peribadi kerajaan, kata PKR OLEH DIYANA IBRAHIM

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015.

PKR mendakwa hari ini jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi kos penggunaan 2 pesawat rasmi kerajaan, iaitu ACJ319 dan ACJ320, akan mencecah RM1.5 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Dalam pendedahan terkini mengenai pembelian jet baru oleh Putrajaya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015.

Bagi kos penyenggaraan jet baharu (ACJ320) pula, ia menelan belanja penyenggaraan, operasi dan pengurusan sebanyak RM690 juta bagi tempoh 15 tahun.

"Jika ditambah dengan kos operasi, penyenggaraan dan pengurusan bagi jet sedia ada dalam tempoh 7 tahun akan datang, jumlah bagi dua jet peribadi perdana menteri adalah RM1.098 bilion.

"Jika dicampur dengan pembayaran kos sewa beli bagi jet baru sebanyak RM465 juta, jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi dua buah jet ini akan cecah RM1.563 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. – 31 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.