Followers

Wednesday, April 1, 2015

Mahkamah tolak tahanan reman 3 pengarang TMI OLEH JENNIFER GOMEZ, ISTA KYRA SHARMUGAM DAN LOW HAN SHAUN

 
Pengarang Urusan The Malaysian Insider Lionel Morais (kanan) dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong (kiri) ketika dibawa ke balai polis Dang Wangi, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.

Pengarang Urusan The Malaysian Insider Lionel Morais (kanan) dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong (kiri) ketika dibawa ke balai polis Dang Wangi, semalam.

Pengarang Urusan The Malaysian Insider Lionel Morais (kanan) dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong (kiri) ketika dibawa ke balai polis Dang Wangi, semalam.

Tiga pengarang kanan The Malaysian Insider (TMI) yang ditahan pihak berkuasa semalam akan dibebaskan hari ini setelah majistret menolak permohonan perintah reman polis terhadap mereka.

Mereka ialah Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong.

Anak Zulkifli, Nadia, yang merupakan seorang peguam, berkata ketiga-tiga mereka dijangka dilepaskan dari balai polis Dang Wangi jam 7 petang ini.

Peguam mereka, Syahredzan Johan juga menulis di akaun Twitternya yang reman ditolak majistret Tuan Nazri Omran.

Ketiga-tiga mereka ditangkap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung laporan TMI pada 25 Mac, memetik sumber, mengatakan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq, yang ditahan polis pagi ini kerana perkara yang sama, masih dalam tahanan ketika ini.

Mereka ditangkap ketika datang ke balai polis Dang Wangi bagi direkodkan kenyataan. TMI dimiliki The Edge Media Group.

Polis berkata mereka akan memohon perintah tahanan reman ke atas Ho dan Jahabar.

Tangkapan itu dibuat sebagai sebahagian siasatan susulan laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Raja-raja minggu lalu. Satu lagi laporan polis turut dibuat Pemuda Umno Kedah.

Polis merampas telefon dan komputer riba milik pengarang tersebut bagi membantu siasatan.

Lionel, Amin dan Zulkifli bermalam di lokap Dang Wangi malam tadi.

Pemimpin masyarakat sivil dan bekas Presiden Majlis Peguam Civil Datuk Ambiga Sreenevasan hadir ketika pendengaran reman di balai polis Dang Wangi pagi ini bagi menyatakan sokongan.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.