Followers

Wednesday, April 1, 2015

PKR nasihat DAP-PAS jangan bertelagah di media OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Timbalan Presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat walaupun wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Timbalan Presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat walaupun wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat walaupun wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu.

Pergeseran antara PAS dan DAP mengenai hudud, sehingga membawa perpecahan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Sabah dan Sarawak, tidak sepatutnya diperbesarkan di media, kata Mohamed Azmin Ali.

Walaupun mengakui wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu, timbalan presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat.

"Kita mengaku ada masalah dalam beberapa isu, tetapi pengalaman kita sebelum ini, beberapa isu besar dalam PR dapat diselesaikan secara muafakat.

"Tidak perlu kita bertelagah dalam media.

"Kalau pimpinan PR di semua peringkat dapat duduk berbincang dan berdasarkan konsensus, saya percaya masalah besar boleh diselesaikan," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annexe di Shah Alam hari ini.

DAP Sarawak pada 27 Mac lalu mengumumkan keluar PR kerana kecewa dengan PAS yang dianggap mengkhianati dasar bersama PR dengan meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Manakala PR Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri itu kerana isu sama.

Azmin berkata, pihaknya mahu mendengar butiran terperinci perbincangan peringkat negeri sebelum membawanya ke Mesyuarat Biro Politik PKR.

Katanya, pendirian PKR Pusat jelas, iaitu mahu PR terus dipertahankan dan diperkukuhkan.

"(PR Sabah dan Sarawak) Tak berpecah, itu pandangan berbeza. Itu pandangan negeri, tetapi akhirnya keputusan akan dibuat pusat.

"Kita kena dengar alasan mereka mengapa ambil tindakan tersebut."

Mengulas kedudukan PR di Selangor, Pengerusi PKR Selangor itu berkata, gabungan itu masih kukuh dan fokus kepada soal pembangunan negeri.

PR Sabah semalam secara rasmi memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan PAS negeri selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS Pusat melaksanakan hudud.

Jurucakap PR Sabah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Datuk Seri Lajim Ukin dilaporkan berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri wakil PAS, DAP dan PKR sendiri.

"Kami mengambil kira semua pandangan, faktor dan keadaan politik semasa dan mengambil keputusan yang berat untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS.

"Namun begitu, kami akan terus komited untuk berjuang dalam PR di antara PKR dan DAP," kata Lajim dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu.

PAS semalam memutuskan untuk terus kekal bersama PR malah tidak membincangkan mengenai hubungan dengan gabungan itu dalam mesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.

DAP Pusat sebelum ini mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan beberapa tindakan beliau dianggap mengkhianati dasar bersama PR.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.