Menyertai DAP bukan bermakna menukar agama dan bangsa.
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, berkata menyertai parti itu bukan bermakna menukar agama dan bangsa, sebaliknya ia hanya pilihan.
“Biar pelajar Melayu Islam itu sendiri tahu dan sedar bahawa DAP dan pimpinan mereka bukan jembalang yang digambarkan oleh kem Melayu yang mempertahankan kepentingan golongan feudal,” katanya.
Ariff berkata demikian dalam reaksinya berhubung Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menempelak perjumpaan rombong pemimpin tertinggi DAP dengan pelajar negara ini di Jordan dan Mesir.
Dalam entri terbaru sakmongkol.blogspot.com, dia menjelaskan cara itu member peluang kepada pelajar Malaysia di Asia Barat mengenali dan mengetahui agenda pemimpin parti berkenaan.
“Jika mereka memikirkan DAP itu parti politik yang menyediakan agenda politik dan sosial yang munasabah, jangan buang masa, masuk DAP dan bersama sama mengalahkan parti yang menyokong neo feudalism,” katanya.
Terdahulu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan pemimpin DAP mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Asia Barat dilihat sebagai langkah terdesak untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada parti itu selepas hubungannya dengan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berantakan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.