Followers

Saturday, April 18, 2015

Khalid ke Jakarta tiada kaitan isu MB FMT Reporters

 
khalid hadi

Lawatan separa rasmi ke Jakarta bersama Presiden PAS bertujuan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Islam bagi membincangkan ukhuwah Islamiyah dan ekonomi.

PETALING JAYA: Lawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Jakarta bersama Presiden PAS tiada kaitan dengan dakwaan beliau akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, lawatan separuh rasmi bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bagi mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Islam Indonesia dan membincangkan isu serantau khususnya ukhuwah Islamiyah dan ekonomi.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Khas kepada Abdul Khalid, Faekah Husin kepada FMT.
“Bagaimanapun, sama ada wujud perbincangan dalam soal politik di Malaysia khususnya di Selangor, di luar pengetahuan saya,” kata Faekah.

Dia berkata, pihak yang membuat dakwaan itu sepatutnya mendedahkan nama lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa akan melompat parti itu.

“Sekiranya benar, siapakan lima ADUN ini, dan parti mana mereka akan melompat,” soalnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor itu berkata, politik di Malaysia sangat dinamik, sentiasa berkembang dan kekadang bergelora selepas 1998.


Beliau mengulas spekulasi yang mendakwa Abdul Khalid dan Abdul Hadi ke Jakarta bagi membincangkan pelan sulit untuk melantik semula beliau menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Mohamed Azmin Ali.

Laporan itu mendakwa, lima ADUN PKR akan melompat parti bagi membolehkan PAS dan UMNO membentuk kerajaan negeri baharu yang diketuai Abdul Khalid.

Laporan itu mendakwa, usul itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat untuk membolehkan kerajaan baru dibentuk.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.