Followers

Saturday, April 18, 2015

Ketokohan agama bukan kemestian tanding presiden PAS, kata Khalid Samad


Ketokohan dalam agama bukan satu kemestian dalam memilih presiden, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

Ketokohan dalam agama bukan satu kemestian dalam memilih presiden, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata ketokohan dalam agama bukanlah satu kemestian dalam aspek pemilihan calon bagi mengisi jawatan presiden parti Islam itu kerana yang lebih penting ialah, memiliki ciri kepimpinan.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin calon terbaik mempertahankan jawatan itu, namun muktamar kali ini harus melihat peranan yang perlu dimainkan seseorang presiden.

“Ketokohan daripada segi keagamaan tidak menjadi satu kemestian untuk jawatan presiden. Jika ada, ia kelebihan dan jika tiada, (pilih) calon yang memiliki ciri kepemimpinan, tapi jangan jahil dalam agama.

“Ustaz Hadi mungkin yang terbaik, tapi muktamar perlu pilih pemimpin atas dasar peranan yang perlu dimainkan.

“Jangan pilih atas dasar siapa yang 'fakeh' (faham agama) kerana kelayakan itu ialah untuk pemilihan Majlis Syura Ulama,” katanya kepada akhbar itu hari ini. – 18 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.