Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini. Datuk Seri Nazir Razak,
adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam memuat naik
gambar penyanyi Michael Jackson dengan tajuk lagunya 'You Are Not Alone' di akaun Instagram beliau.
Eksekutif bank tersebut memasukkan kata-kata, "Sekarang muncul di
politik Malaysia," dalam satu ungkapan yang jelas ditujukan kepada
ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam.
Muhyiddin berkata semalam, Dr Mahathir tidak keseorangan dalam
menyatakan kebenaran, walaupun ketika bekas perdana menteri itu terus
dikecam Umno kerana mengkritik Najib dan pentadbirannya.
"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin
semasa berucap dalam forum bertajuk “Mendampingi golongan muda untuk
menjenayahkan perang dan mentenagakan keamanan” itu.
Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini
Dalam blognya, Dr Mahathir menulis sebelum ini, "Saya tahu saya seorang
diri. Tetapi saya rasa bertanggungjawab kepada rakyat, adakah ia salah?
Apabila wang rakyat hilang dan disembunyikan daripada mereka, adakah
salah saya bertanya?"
Tulisannya itu mendorong dua selebriti popular tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap bekas perdana menteri itu.
Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Dr Mahathir boleh sentiasa bergantung kepada majoriti senyap untuk sokongan.
Dr Mahathir mengecam Najib dalam beberapa bulan kebelakangan ini,
menggesa perdana menteri berundur sejak skandal 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan juga kes
pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Najib dalam satu wawancara khas di TV3 dua minggu lalu mengatakan akan
menangani isu-isu yang dibangkitkan Dr Mahathir, tetapi bekas perdana
menteri itu berkata terdapat banyak soalan masih tidak dijawab, termasuk
di mana dana 1MDB di Kepulauan Cayman, yang dilaporkan disimpan di
Singapura.
Penyanyi pamer aksi
ghairah (Gambar)
Penyanyi pamer aksi ghairah
Penyanyi pamer aksi ghairah Pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut
didakwa menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari
bersama penonton lelaki.
MARANG: Pemuda Pas Marang semalam, melahirkan kekesalan terhadap satu
penganjuran pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut kerana menampilkan
penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton
lelaki.
Ketua Pemuda Pas Marang, Mohamad Aswadi Mohamad berkata, perlakuan tidak
senonoh di hadapan umum itu sememangnya boleh dijangka apabila
persembahan nyanyian dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat
berbanding kesan keburukannya.
“Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh
melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya,”
katanya mengulas mengenai pertunjukan yang didakwa diadakan sempena satu
program itu.
Menurutnya, Pemuda Pas Marang juga menerima beberapa keping gambar artis
wanita terbabit yang berpakaian tidak senonoh sambil menari bersama
seorang penonton lelaki sudah berusia dan ia kelihatan amat memalukan.
“Ia (penyebaran gambar itu) telah meninggalkan kesan sangat memalukan
kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita lihat gadis
Melayu Muslim berpakaian tidak senonoh menari bersama penonton lelaki
seperti itu,” katanya.
Mohamad Aswadi berkata, ketegasan serta keprihatinan pihak berkuasa
serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda daripada
terus dibanjiri hiburan seperti itu melibatkan artis tanpa sebarang
rujukan keteladanan positif.
Tambahnya, pemimpin kerajaan juga perlu tegas menyekat unsur yang boleh
merosakkan akhlak generasi muda negara dan Pemuda Pas Marang memohon
agar pihak berkuasa terlibat lebih peka dengan sensitiviti umat Islam.
“Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas
tangan dengan apa yang berlaku manakala Pejabat Agama Marang pula perlu
lihat kembali Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, terbitan Jakim sejak
2007.
“Namun, sejauh manakah garis panduan ini diberi perhatian dan dirujuk
oleh semua agensi dan penganjur program (berkenaan)? Adakah persembahan
ini mendapat restu dari Pejabat Agama Marang?,” soalnya.
Menurutnya, Pemuda Pas Marang akan membuat kunjungan ke Pejabat Agama
Marang untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu
dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, Sinar Harian gagal untuk mengesan penganjur pertunjukan
terbabit.
-sinarharian-
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.