Followers

Tuesday, April 21, 2015

UMNO SELANGOR CABAR AZMIN ALI PECAT GURU KAFA YANG MENANGIS SERAH MEMO SECARA SOLO.



Umno Selangor mencabar Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang lantang memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan berhimpun mengambil tindakan memecat guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika tindakan tidak berperikemanusiaan itu diambil, ia jelas menunjukkan penghinaan kepada Mohamed Azmin yang sebelum ini terkenal dengan sikap memperjuangkan hak-hak rakyat.

Menurutnya, Mohamed Azmin di Parlimen misalnya adalah seorang pemimpin yang lantang meminta kerajaan BN memberikan kebebasan bersuara dan berhimpun untuk membela rakyat, namun sikapnya itu berbeza di Selangor.

“Ini menunjukkan bahawa Mohamed Azmin cakap di Parlimen lain, bila jadi menteri besar bertindak lain dan beliau menekan dan menindas seorang guru Kafa yang menyuarakan masalah yang dihadapi di negeri ini.

“Guru Kafa terbabit bukannya menimbulkan masalah dengan mengadakan perhimpunan Bersih, perhimpunan Blackout dan perhimpunan GST,” katanya pada Lawatan Pemantauan Projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Panjang, di sini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, PR yang diberi mandat untuk mentadbir negeri ini disifatkan sebagai hilang pertimbangan dan bersikap zalim terhadap seorang guru Kafa yang hanya mempertahankan haknya sepertimana yang dijanjikan PR dalam PRU lalu.

“Ini hak dia (Ekhsan Bukharee), patutnya dia dilayan (kerajaan negeri). Dia datang dengan (niat yang) baik mewakili seluruh guru Kafa bagi menuntut kenaikan elaun seperti yang dijanjikan,” katanya.

Apakah Azmin berani sahut cabaran Noh Omar ini? Jika berani ... apabila dipecat kelak adakah UMNO Selangor akan bela nasib guru KAFA yang kena pecat ini??????

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.