Followers

Tuesday, April 21, 2015

Parah ditetak gara-gara pasang lampu tinggi

 


KEADAAN seorang mangsa diserang menggunakan parang sekumpulan lelaki di Kampung Baru Seri Pandan, Panching.

Kuantan: “Hanya kerana memasang lampu tinggi ketika memandu lori, suami, bapa mentua dan adik ipar saya diserang ala samseng apabila ditumbuk dan ditetak dengan parang hingga cedera parah di kepala dan badan,” kata isteri kepada seorang mangsa tetak yang mahu dikenali sebagai Ana, 30.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 1.45 petang kelmarin itu berlaku di rumahnya di Kampung Baru Seri Pandan, Panching apabila ahli keluarganya diserang lebih 10 individu bersenjatakan parang sebelum memukul dan menetak bapa mentuanya berusia 50 tahun, suami yang berusia 31 tahun serta adik ipar berusia 20 tahun

Katanya, dia yang melihat kejadian itu cuba membantu dengan memberanikan diri menyelamatkan mereka daripada dicederakan individu terbabit dengan menarik ahli keluarganya masuk ke dalam rumah.

“Walaupun tindakan itu boleh menyebabkan nyawa saya melayang tetapi tidak sanggup melihat ahli keluarga dipukul dan ditetak dengan parang tanpa belas ihsan oleh lebih 10 individu terbabit.

“Sebaik berjaya membawa mereka masuk ke dalam rumah, saya mengunci pintu bagi mengelak kejadian lebih buruk selain menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya sudah melakukan beberapa tangkapan terhadap individu disyaki terbabit dalam pergaduhan itu.

- hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.