Followers

Friday, April 24, 2015

Jom kita dengar apa Tun M cakap !! - FMT Reporters

 
Bicara Negarawan

Tun Dr Mahathir akan turun padang pada program Bicara Negarawan, pada Sabtu, jam 9.30 pagi, bertempat di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakan kempen turun padang untuk menemui kumpulan sasar bagi memperkata isu-isu semasa.

Beliau akan hadir dalam program Bicara Negarawan, pada Sabtu, 25 April, jam 9.30 pagi, bertempat di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ia program pertama Dr Mahathir untuk menyampaikan ucapan secara langsung mengenai isu dan persoalan berbangkit mengenai pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, ia hanya disentuh beliau melalui tulisannya di blog dan di sidang media.

“Hakikat ini segera mengingatkan kepada apa yang dilakukannya ketika menekan Tun Abdullah dulu di mana beliau turut mengadakan program jelajahnya ke seluruh negara bagi tujuan itu.

Apakah dengan program Bicara Negarawan ini bermakna program jelajah Tun Mahathir versi menyingkirkan Najib sudah bermula?’, tulis blogger, Shahbudin Husin.

Program anjuran Gabungan NGO Prihatin ini terbuka kepada sesiapa saja.

Ia bagi memberi peluang untuk mereka mendengar sendiri apa yang bakal diperkatakan oleh beliau yang juga bekas Presiden UMNO.

Mungkin selepas di Taman Melawati ini, ia tentu saja akan memancing keinginan pihak lain untuk terus menjemputnya ke tempat atau negeri lain pula. Sama-sama kita tunggu.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.