Followers

Friday, April 24, 2015

Jelajah Tun M bukan untuk jatuhkan PM - Oleh : Mohamad Fadli

mahathir-najib_face_600

Menurut Tun Dr Mahathir dia hadir atas kapasiti sebagai ahli panel jemputan kerana rakyat mahu penjelasan mengapa beliau mengkritik Najib.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir menafikan beliau menganjurkan siri jelajah bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri berkata, beliau menghadiri beberapa siri forum sebagai panel jemputan.

“Jika saya dijemput untuk berucap dan terlibat di dalam forum yang dianjurkan oleh pihak terbabit, saya akan datang.

“Itu sahaja, dan saya tidak pernah membuat jelajah atau apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai Nation Building through education di Muzium Kesenian Islam pada Jumaat.

Bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu berkata, ramai yang mahu tahu sebab dan musabab mengapa beliau mengkritik Najib dan pentadbiran.

“Apabila ada pihak yang ingin mengetahui kenapa saya ingin jatuhkan Najib, saya perlu jelaskan,” katanya lagi.

Dr Mahathir mengakui beliau menerima banyak jemputan sebagai ahli panel bagi membincangkan isu-isu semasa dalam dan luar negara.

Namun, beliau tidak dapat memenuhi semua jemputan kerana kerana jadual yang padat.

Mengulas kenyataan Najib yang berkata beliau tidak keseorangan, Dr Mahathir berkata;
“Ramai juga orang di luar sana yang mengatakan mereka juga tidak keseorangan,” katanya dalam sinis.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.