Followers

Friday, April 24, 2015

Hudud: PKR sedia jadi orang tengah - FMT Reporters

 
tian chua hudud

Menurut Tian Chua, pendekatan yang diguna Pas dan DAP berhubung isu pelaksanaan hudud salah dan menyebabkan mereka terperangkap dengan permainan parti lawan.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik pendekatan yang diguna pakai Pas dan DAP berhubung isu hudud.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata bahawa kedua-dua pendekatan yang digunapakai selama ini salah.

“Kedua-dua pihak hanya memapar sentimen populis di mana satu pihak berkepentingan keagamaan dan yang satu lagi berdasarkan rasa takut,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail.

Jelasnya, pendekatan berkenaan menyebabkan Pas dan DAP jatuh ke dalam perangkap UMNO dan MCA.

Menurut Tian Chua, sudah tiba masanya untuk PKR memainkan peranan untuk mendamaikan anggota parti berkenaan.

Dia memberi jaminan kepada mereka yang beragama Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) bahawa parti itu tidak menentang hudud dan menghormati hak mereka yang ingin melaksanakannya.

Bagi tujuan berkenaan, dia meminta mereka memahami keperluan dan kewajipan melaksanakan hukum hudud.

Sementara itu, yang bukan Islam pula diharap tidak takut kepada mereka yang menyokong hudud.

Apapun, Tian Chua berkata pelaksanaannya tidak sepatutnya dilakukan secara terburu-buru kerana ia perlu memberi keutamaan kepada perkara lain seperti sistem perundangan, sistem politik yang adil, kebebasan dan hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan.

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PKR enggan menyokong hudud kerana takut kehilangan keyakinan pengundi.

Jelas Chua, PKR tidak pernah didorong oleh sentimen popular berhubung isu berkenaan.

“Kami tidak menyokong versi hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan kerana ia adalah satu tafsiran literal dan dogmatik,” katanya yang turut menekankan tentang kewujudan kelemahan dalam versi itu.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.