Charlie Chaplin berkata: “Kehidupan adalah satu tragedi bila dilihat
dari dekat tetapi satu komedi dari sudut padangan yang jauh”.
Datuk Seri Nazir Razak mungkin melihat teka-teki politik abangnya Datuk Seri Najib daripada jarak jauh.
Dan perkara itu mendorongnya memuat naik gambar Michael Jackson (kanan) dengan lagu terkenal raja pop itu “You Are Not Alone” di laman perkongsian gambar Instagram.
Daripada jarak dekat, ramai pihak tertanya-tanya sama terdapat terdapat mesej halus atas tindakannya itu.
Nazir bagaimanapun menolaknya.
Mungkin dalam tempoh beberapa minggu ini, beliau menghabiskan banyak masa meneliti pergelutan antara BN dan Pakatan, dan tentunya dari jarak dekat.
Mungkin orang ramai patut melangkah setapak ke belakang dan mula melihat pendekatan antara perseteruan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib daripada mata Nazir (kiri).
Tidak dijangka, perkara itu sebenarnya boleh digambarkan melalui lagu-lagu terkenal dan berhantu Michael Jackson.
Ia bermula pada 2 April apabila Mahathir memulakan asakan keras dan terbuka kepada Mahathir.
Bermula dengan 'Beat it'
“Beat it” – Mahathir memberitahu Najib untuk berterus terang.
Ia juga mungkin lagu paling digemarinya selepas “I Did It My Way” oleh Frank Sinatra.
Ketika rakyat Malaysia membawa berita mengejutkan itu, Mahathir menyiapkan “Thriller” lain dan tidak menghampakan mereka.
Mahathir kini membangkitkan isu yang tidak pernah dibangkitkannya iaitu sekitar motif di sebalik pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Perkara itu boleh ditafsirkan sebagai serangan terhadap Najib yang sudah pun bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak mengenali Altantuya sebelum ini.
Akhirnya Najib melihat perkara itu tidak boleh dibuat mudah. Beliau akhirnya tampil di kaca televisyen dan seperti mendendangkan lagu “Billie Jean Is Not My Lover”.
Pihak yang sering mengkritik Mahathir juga kini seolah-olah mendengar lagu “Man In The Mirror”.
Mahathir kemudian berkata beliau mungkin keseorangan menyampaikan kebenaran, yang kemudiannya menyaksikan diva pop negara Siti Nurhaliza dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin tampil dengan duet “You Are Not Alone”.
Dan kemudian barulah Nazir pula mencuri perhatian dengan status di Instagram.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.