Followers

Wednesday, April 22, 2015

Imej Sederhana Najib Hanya Sandiwara...

Mafiaboss Melayu's photo. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam keras bantahan sekumpulan ahli Umno di luar sebuah gereja di Petaling Jaya Ahad lalu, sambil berkata sikap polis tidak bertindak membuktikan laungan kesederhanaan Putrajaya hanyalah sandiwara.

Tindakan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang begitu cepat mengenepikan wujud unsur jenayah atau hasutan dalam kes protes salib gereja di Petaling Jaya merupakan "pukulan terakhir" kepada imej sederhana yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata DAP hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menyifatkan bantahan terhadap lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan Ahad sebagai "perbuatan kejam yang memalukan" oleh "penunjuk perasaan yang ekstrem", berkata insiden itu kini mendapat liputan seluruh dunia.

"Kegagalan ketua polis negara (KPN) mengambil tindakan tegas dengan serta merta, kini menamatkan sebarang ucapan mengenai kesederhanaan oleh perdana menteri di peringkat antarabangsa.

"Rakyat mempertikaikan KPN, kesetiaannya kepada tugasnya, kesaksamaannya dan profesionalismenya dalam membebaskan penunjuk perasaan itu daripada sebarang jenayah, hanya kerana abangnya terlibat, bersama dengan pemimpin Umno Selangor," katanya.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.