Followers

Wednesday, April 22, 2015

Syarikat usahama SRC dalam lombong arang batu susutnilai RM89 juta, kata Rafizi OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Rafizi Ramli berkata dana yang digunakan SRC dalam pelaburannya melibatkan pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan.

Rafizi Ramli berkata dana yang digunakan SRC dalam pelaburannya melibatkan pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan

Syarikat usahasama SRC International Sdn Bhd bersama sebuah syarikat Timur Tengah, Aabar yang melabur dalam aset perlombongan mencatatkan susutnilai bagi pelaburan berkenaan sebanyak RM89 juta, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, SRC memegang saham 50% kepentingan dalam syarikat usahasama berkenaan yang melibatkan pelaburan sebanyak RM184 juta.

Rafizi berkata, penyata kewangan terkini syarikat itu menunjukkan pelaburan sendirinya mencatatkan susutnilai sebanyak RM115 juta.

"Ini bermakna, bagi tahun kewangan 2014 sahaja, kerugian melalui susutnilai yang dicatatkan oleh SRC dari pelaburan dalam perlombongan arang batu di Mongolia mencecah RM204 juta, iaitu RM115 juta dari pelaburan sendiri dan RM89 juta melalui syarikat usahama," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, oleh kerana dana yang digunakan SRC dalam pelaburannya melibatkan pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), kerugian RM204 juta setahun bukanlah jumlah yang kecil.

"Apatah lagi jika diambil kira sebanyak RM3.1 bilion dari pelaburan SRC dikategorikan sebagai pelaburan yang tidak mempunyai maklumat dan tidak dapat diaudit oleh juru audit," katanya.

Rafizi berkata, sejak isu SRC dibangkitkannya, ramai pesara kerajaan yang tampil meluahkan kemarahan mereka, terutamanya pesara dari badan berkanun untuk mendapatkan hak mereka untuk menerima pencen apabila badan berkanun itu diswastakan.

"Mereka ini terdiri daripada kakitangan kerajaan yang menyertai sektor kerajaan dan diserapkan ke badan-badan berkanun seperti Bank Simpanan Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.

Rafizi berkata, terdapat ribuan pesara dari kalangan mereka yang dinafikan hak untuk mendapatkan pencen, ketika pencen berkenaan dilaburkan oleh SRC dan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam pelaburan yang tidak diketahui.

"Saya akan mula membawa kes pesara-pesara ini untuk menuntut pampasan sewajarnya dari kerajaan setelah dana pencen dilaburkan sewenang-wenangnya oleh 1MDB," katanya lagi. – 21 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.