Followers

Monday, April 27, 2015

Gambar kahwin anak PM tersebar FMT Reporters

Pengendali Facebook Curi Curi Wang Malaysia mendakwa majlis resepsi itu telah dianjurkan serba mewah dengan dihiasi bunga-bunga segar, gaun pengantin yang mahal dan kek perkahwinan setinggi 2.5 meter. anak-rosmah-almaty

PETALING JAYA: Gambar-gambar majlis resepsi anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Kazakhstan telah mula disebarkan di laman sosial.

Satu akaun Facebook yang menggunakan nama “Curi-curi Wang Malaysia’ telah memuat naik lebih 20 keping gambar majlis itu yang diadakan di Hotel Royal Tulip Almaty pada 18 April lalu.

Pengendali Facebook itu mendakwa majlis resepsi itu telah dianjurkan serba mewah dengan dihiasi bunga-bunga segar, gaun pengantin yang mahal dan kek perkahwinan setinggi 2.5 meter.

Pengendali Facebook itu turut berpesan supaya berkongsi gambar-gambar itu dan tag bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta meminta maklumat itu disebarkan kepada pengundi di Permatang Pauh dan Rompin.

Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa kira-kira 300 tetamu telah dibawa ke Kazakhstan bagi menghadiri majlis resepsi itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.