Followers

Monday, April 27, 2015

Anwar hilang kelayakan mengundi- SPR - FMT Reporters

 
anwar-ibrahim

Anwar tidak boleh mengundi kerana telah hilang kelayakan mengikut Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan.

Ia disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, Anwar tidak layak mengundi kerana telah hilang kelayakan mengikut Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara.” katanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran kepada bekas Ketua Pembangkang itu untuk menunai tanggungjawabnya pada hari pengundian dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.