Followers

Monday, April 27, 2015

CCTV rakam suspek curi beg - FMT Reporters

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang mengambil wuduk di surau di Plaza Alam Sentral pada Ahad. 

curi beg

PETALING JAYA: Perbuatan seorang wanita bertudung mencuri beg tangan di sebuah surau di pusat beli belah di Shah Alam ‘kantoi’ apabila aksinya itu berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV).

Wanita yang mengenakan tudung hitam dirakam keluar dari surau di Plaza Alam Sentral selepas didakwa mencuri beg tangan milik seorang pengunjung pusat beli belah itu.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pemilik beg tangan sedang mengambil wuduk.

Wajah wanita itu berjaya dirakam dengan jelas oleh CCTV ketika suspek menggunakan eskalator dengan membawa beg yang lebih besar dipercayai untuk menyembunyikan beg tangan yang dicuri itu.


Adik kepada pemilik beg tangan yang dicuri itu, Alif Adnan, telah memuat naik gambar-gambar yang dirakam CCTV di laman sosial Facebook dan meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti dan mengesan suspek.

Tulisnya, kejadian berlaku di surau di tingkat lima Plaza Alam Sentral, Shah Alam, kira-kira jam 7. 17 petang pada Ahad.

Alif berkata, laporan polis telah dibuat di Ibu pejabat Polis Shah Alam dan meminta bantuan orang ramai menghubungi polis jika mengenali

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.