Followers

Monday, April 27, 2015

Samy Vellu puji Najib - Khairil Ashraf FMT

 
samy-najib

Bekas Presiden MIC itu menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang mudah didekati, senang diajak berjumpa dan mendengar masalah rakyat.

PETALING JAYA : Datuk Seri S Samy Vellu memuji Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai pemimpin yang mudah didekati.

Bekas Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya itu berkata, Najib juga pemimpin yang senang untuk berjumpa walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Jika saya ambil telefon dan menghubungi Perdana Menteri dan tanya boleh saya datang untuk berjumpa pada pukul 6 petang, dia (Najib) akan cakap datang sekarang. Itulah Najib

“Jadi saya tidak mahu komen apa-apa mengenai Tun M yang katakan Najib sukar dihubungi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pelancaran bantuan kemanusiaan gempa bumi di Nepal pada Isnin.

Samy Vellu yang juga Duta Khas Ke India dan Asia Selatan (Infrastruktur) berkata, Najib juga seorang individu yang mendengar segala permasalahan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi membincangkan segala isu berbangkit daripada membuat kenyataan terbuka di hadapan orang ramai.

Samy Vellu turut berpendapat, kritikan berterusan oleh Dr Mahathir terhadap Najib turut akan melemahkan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).

“Serangan terbuka (Dr Mahathir) bukan sahaja akan melemahkan UMNO tetapi ia turut akan melemahkan MCA, MIC dan semua,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.