Followers

Friday, April 10, 2015

DUN S'gor lulus usul kutuk penjara Anwar

 
 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul yang mengutuk pemenjaraan penasihat ekonomi negeri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usul yang dibawa oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR- Sri Andalas) itu dibuat bagi mengutuk pendakwaan yang didakwanya bermotif politik terhadap ketua umum PKR itu.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mendakwa, apa yang berlaku ke atas Anwar tidak dilakukan secara adil.

Azmin turut meminta supaya proses keadilan di negara ini dapat dilaksanakan dengan telus.

Datuk Sulaiman Razak (BN-Permatang) kemudian mencelah dan meminta penjelasan daripada Azmin berhubung bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga didakwanya tidak mendapat keadilan sewajarnya.

"Kalau sebut pasal keadilan, Pelabuhan Klang (Khalid) tak pernah dapat keadilan pun, tetapi dipecat (daripada PKR)," kata Sulaiman.

Azmin kemudian membidas perkara itu dengan meminta Sulaiman membawa Khalid ke dalam sidang DUN berbanding hanya menulis status di laman Twitternya.

"Saya tak kata tak adil (isu berkaitan Khalid). Usul ini tentang Anwar Ibrahim, bukan Khalid Ibrahim. Pelabuhan Klang juga perlu mendapat keadilan.

"Kalau isu Pelabuhan Klang kita boleh buat satu forum (tetapi) dengan syarat datang dalam Dewan. Duduk depan itu, saya boleh berdepan dengan dia sebab dia (Khalid) pun sekarang kawan Permatang, bawalah dia datang. Jangan main tweet saja," sindir Azmin.

Selain usul mengutuk penangkapan Anwar, usul oleh Mat Nazeri Mat Dahlan (BN-Batang Kali) yang meminta kerajaan negeri meneruskan perbincangan perjanjian penstrukturan semula industri air bersama kerajaan persekutuan juga diluluskan.

Bagaimanapun, usul yang dibawa oleh Sulaiman yang meminta kerajaan negeri memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan persekutuan bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) ditolak. 



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.