Followers

Thursday, March 26, 2015

TGHH: Ego…Degil…Hudud..




Kerana ego Haji Hadi memandang rendah kewibawaan Anwar Ibrahim.. Ianya telah berlaku semenjak Ketua Umum PKR itu bersama Almarhum Haji Fadhil Noor dalam ABIM lagi dan terbawa-bawa sehingga kini

TGHH telah merestui rombongan Timbalan Murshidul Am PAS merisik Tengku Razaleigh untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU13 walaupun ketika itu beliau sendiri berarak dan berhimpun bersama-sama pimpinan tertinggi PR mempromosi Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

TGHH telah merestui secara bersendiri perlantikkan calon pilihanraya PRU13 yang lazimnya dilakukan Setiausaha Agong, sekaligus meyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru antara PKR, PAS dan BN di Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Labuan yang akhirnya memberi kemenangan selesa 0-7 kepada UMNO/BN..menyemarakan lagi kemarahan bukan sahaja pemimpin dan penyokong PKR malah di kalangan penyokong PAS sendiri.

TGHH berdegil mempertahankan Almarhum Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah ketika kebanyakan adun PR tidak dapat bekerjasama dengan aruah..mengakibatkan berlaku undi mogok dari ramai ahli PR sendiri, sekaligus menyebabkan Kedah kembali ke tangan BN manakala Kelantan kalah undi popular ketika PR meraih 53% undi popular di peringkat pusat dan majoriti besar undi popular di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.



 
TGHH juga berdegil mempertahankan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor ketika PKR memintanya berundur secara terhormat. Walaupun PKR mengemukakan bukti bertulis salahlaku beliau, namun TGHH masih berkeras kepala.. Urusan dalaman PKR telah menjadi urusan peribadinya.

Ketika PKR dan DAP sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penganti dan nama Azmin Ali hanya disertakan demi memenuhi tuntutan Sultan, TGHH dikhabarkan menghantar tiga nama lain sebagai calon MB baharu.

Tidak cukup dengan itu TGHH mempersenda kewibawaan Presiden PKR, penyokong serta pengundi dengan menuduh Dr Wan Azizah tidak mahir berbahas..

Kedegilan dan keegoan TGHH telah sampai ke tahap hilangnya kebijaksanaan dan integriti beliau. Itulah kemuncak kemarahan ramai dalam PR terhadapnya.

Dalam pada itu….TGHH sedar Langkah Bijak nya telah bertukar menjadi Langkah Serba Salah.

Penasihat beliau tidak kurang ‘incompetent’nya berbanding penasihat Najib Razak. Ramai pemimpin dan penyokong PR kecewa dengan tindak tanduknya, dari segi sebagai seorang ulama, presiden parti mahupun Ahli Parlimen.

Kekecewaan mereka tidak dapat dibendung lagi apabila ramai yang kini berani tampil mengkritik corak kepimpinannya secara terbuka.

Hudud: TGHH Jujur Atau Talian Hayatnya..???

Tahun ini Muktamar PAS bakal menyaksikan pertandingan semua jawatan termasuk Presiden. TGHH sedar tentang kerosakan yang berlaku dan popularitinya kian menurun…Oleh itu beliau memerlukan ‘booster’ meraih sokongan padu perwakilan untuk kekal di kerusi kuasa.

Dan jalan paling mudah dan selamat adalah dengan menghidupkan semula Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana sejarah mencatatkan isu hudud sentiasa memberi kelebihan kepada pemimpin yang menjuarainya, walaupun beliau dan penyokong tegarnya sedar adalah amat sukar PAS beroleh sekalipun ‘simple majority’ di Dewan Rakyat yang akan memberi laluan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Majoriti dari UMNO/BN tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian TGHH.

Jikalah benar dan jujur UMNO/BN mahukan hudud, ianya sudah lama dilulus dan dilaksanakan ketika Abdullah Badawi menguasai 90% kerusi Parlimen.

Adakah Hudud matlamat sebenar TGHH atau hanyalah senjata politiknya untuk kekal menjadi presiden PAS atau diguna untuk memperlihatkan siapa lebih Islamik..???

Pembentangan dan kelulusan segera Hudud di Dewan Negeri Kelantan amat berhampiran tarikh Muktamar PAS tahun ini..Adakah ianya kebetulan atau dirancang TGHH, Geng Ustaz dan Adun UMNO yang sememangnya inginkan TGHH terus menerajui PAS ???

Tuduhan DAP bahawa PAS termakan umpan UMNO mungkin ada kebenarannya. Hudud di Kelantan mewujudkan sengketa dan ketegangan PR tetapi Langkah Hudud mungkin berjaya mengembalikan pengaruh TGHH dikalangan ahli..

Samada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dapat dilaksanakan atau tidak, TGHH dan Geng Ustaz mungkin menang. Namun…kemenangan ini hanyalah untuk jangka masa pendek.

TGHH mungkin beroleh semula pengaruh dan kekal sebagai Presiden tetapi PAS bakal kehilangan sokongan ramai golongan professional dan bukan Islam.

Pada PRU14 akan datang..PAS juga berkemungkinan besar kehilangan majoriti kerusi bandar, separa bandar dan campuran.

Dan PAS perlu bekerja keras semula selama 20-30 tahun lagi untuk mengecapi kegemilangan seperti sebelum PRU13.

Betapa Langkah Hudud telah memberi kelebihan kepada satu pihak tetapi dalam masa yang sama memecah belah keluarga besar PAS dan PR serta majoriti rakyat Malaysia yang menaruh harapan kepada janji-janji PAS FOR ALL dan Negara Berkebajikan.

Adakah kerana keegoan dan kepentingan politik dirinya,,TGHH menggunakan Hudud dan sanggup ketepikan survival parti PAS, PR dan Negara…???

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.