Followers

Tuesday, March 10, 2015

Siasat Jho Low kerana kesalahan penggubahan wang haram, kata DAP OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Tony Pua berkata terdapat keraguan munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia memulakan penyiasatan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho berhubung penggubahan wang haram.

Tony Pua berkata terdapat keraguan munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia memulakan penyiasatan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho berhubung penggubahan wang haram.

DAP hari ini menuntut Bank Negara menyiasat ahli perniagaan Low Taek Jho atas kesalahan penggubahan wang haram dalam pemilikan UBG Berhad melalui PetroSaudi International (Seychelles) Ltd menggunakan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata rantaian dana yang rumit melibatkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu jelas menunjukkan ia satu penyamaran bagi membersihkan pengambil alihan aset menggunakan dana yang diperolehi secara tidak sah.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, pemimpin DAP itu mendakwa, dana itu dialihkan keluar daripada 1MDB sekaligus menjadikannya sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang.

"Jelas terdapat penipuan kerana bukti yang dikeluarkan Sarawak Report menunjukkan terdapat perjanjian antara Jho Low dan PetroSaudi yang mana Jho Low mengawal pembiayaan dalam PetroSaudi Seychelles yang kemudiannya digunakan untuk memiliki Utama Banking Group (UBG).

"Kerjasama PetroSaudi dibentuk untuk Jho Low dan sekutunya memindahkan berbilion ringgit daripada 1MDB dan mereka bersubahat dengan rakan kongsi asing di PetroSaudi melakukan transaksi berperingkat dan menyamarkan rantaian audit," katanya.

Pua berkata, terdapat keraguan munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia memulakan penyiasatan terhadap kes penggubahan wang haram mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013.

UBG pernah dimiliki bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Sarawak Report mendedahkan PetroSaudi Seychelles, melalui subsidiari milikan penuhnya, Javace Sdn Bhd, membuat tawaran awam mengambil alih semua saham UBG berjumlah RM1.4 bilion pada September 2010.

AmInvestment Bank Bhd membekalkan RM700 juta bagi membiayai pengambilalihan tersebut.

Manakala bakinya, PetroSaudi Seychelles, memindahkan RM850 juta kepada Javace.

Dana berkenaan, bagaimanapun, berasal daripada hutang bernilai AS$500 juta daripada 1MDB PetroSaudi Limited pada September 2010 melalui penyerahan nota Murabahah tambahan.

Katanya, berdasarkan dokumen Sarawak Report, AS$160 juta daripada tambahan AS$500 juta pinjaman itu dipanjangkan kemudiannya dan dipindahkan terus kepada Gold Star Limited, syarikat yang dikawal Low. – 10 Mac, 2015.

Jho Low tu memang patut ditangkap dan disiasat - dia belanja ratusan ribu wang negara ini hanya untuk berhibur dengan selebriti Paris Hilton.

Zack Ahmad's photo.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa dZAFYzwX.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.