Followers

Wednesday, March 11, 2015

BN tidak taja mana-mana calon di Chempaka, kata Ahmad Maslan

Datuk Ahmad Maslan berkata BN atau Umno tidak akan terlibat dengan mana-mana calon yang bertanding di pilihanraya kecil DUN Chempaka yang akan dating.

Datuk Ahmad Maslan berkata BN atau Umno tidak akan terlibat dengan mana-mana calon yang bertanding di pilihanraya kecil DUN Chempaka yang akan dating.

Barisan Nasional (BN) hari ini mengesahkan tidak ada mana-mana calon ditaja oleh BN atau Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN atau Umno tidak terlibat dengan mana-mana calon yang bertanding di PRK DUN Chempaka.

"Kita nak buat pengesahan bahawa Umno dan BN tidak berada di belakang mana-mana calon yang bertanding dan saya minta jangan ada pihak yang libatkan Umno atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Inovasi dan Pendidikan Keusahawanan Malaysia (MCIEE) hari ini.

PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42 manakala empat calon Bebas ialah bekas calon Bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Usahawan 1ASEAN (1AES) yang  berlangsung pada 20 hingga 22 Nov depan.

Katanya persidangan dengan tema 'Futurising Asean Entrepeneurs' itu akan memberi fokus menimbulkan kesedaran dan keprihatinan serta penglibatan anak muda dalam bidang keusahawanan.

"Kita harap sidang kemuncak ini akan membantu beri kefahaman dan maklumat kepada usahawan muda berkaitan peluang perniagaan yang ada di rantau ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk 600 juta orang.

"ASEAN mempunyai kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) berjumlah US$2.3 trilion (RM8.5 trillion) dengan penghasilan perdagangan sebanyak US$2.4 trilion, maka berdasarkan jumlah ini, peluang dan sasaran yang luas terbuka kepada usahawan muda dalam negara," katanya.

Beliau berkata kerajaan kini berusaha menggalakkan anak muda supaya menjadikan bidang keusahawanan sebagai karier utama berbanding hanya tertumpu kepada kerjaya makan gaji. – Bernama, 10 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.