Followers

Tuesday, March 10, 2015

Perjanjian air tamat kerana Putrajaya mahu tanah Selangor, kata Azmin OLEH MOHD FARHAN DARWIS

 Perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor tahun lalu lupus kerana Putrajaya tidak hormat prinsip, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. –

Perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor tahun lalu lupus kerana Putrajaya tidak hormat prinsip, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. –

Perjanjian penstrukturan air Selangor ditamatkan kerana Putrajaya mahu menuntut tanah kerajaan negeri itu yang akan dilalui paip saluran air terbabit, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata jajaran tanah sepanjang 26,000km itu merupakan sebahagian daripada aset yang disenaraikan dalam perjanjian.

"Kegagalan melaksanakan perjanjian utama tersebut akibat pendirian terkini Putrajaya enggan menghormati prinsip dan semangat perjanjian utama itu yang ditandatangani pada 12 September, 2014 lalu.

"Percanggahan daripada perjanjian utama yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Selangor," kata Azmin.

Azmin berkata, berdasarkan perjanjian itu, kerajaan negeri Selangor bersetuju menyerahkan aset syarikat konsesi yang dinaik taraf.

"Malah, semangat itu membuatkan kita bersetuju dengan perjanjian. Tetapi dalam tempoh sebulan dua ini, kerajaan pusat datang kembali kepada kita dan mahu mengambil tanah.

"Apakah kerajaan persekutuan ingin merampas kedaulatan negeri Selangor?" soal Azmin ketika bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini. – 10 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.