Loke berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini susulan isu kos penggunaan jet peribadi kerajaan yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pada penghujung tahun lalu.
Katanya, tindakan Shahidan yang enggan mendedahkan kos sebenar penggunaan jet berkenaan berbeza ketika Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawat jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana Nazri akan menjawab segala pertanyaan dengan telus dan lengkap.
"Masa zaman Nazri soalan ini akan dijawab secara terperinci, tapi sekarang tidak dijawab," kata Loke kepada pemberita.
Loke berkata, beliau turut terkilan dengan tindakan Shahidan berkenaan apabila tidak melakukan semakan terhadap jawapan yang disediakan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan hanya terus membawa jawapan itu ke Parlimen.
"Saya terkilan dengan Shahidan, beliau sekarang seolah-olah posmen kepada jabatan perdana menteri.
"Posmen ambil jawapan dari Jabatan Perdana Menteri dan hantar terus kepada Parlimen, tiada sebarang pindaan.
"Kalau dulu kita boleh tahu berapa kosnya, tapi sekarang langsung tiada. Bukan setakat Najib saja, tapi keluarga dia pun boleh pakai, isteri dia pun pakai," kata Loke, merujuk kepada isu penggunaan jet peribadi milik kerajaan oleh keluarga Najib.
"Ini pesawat kerajaan untuk urusan rasmi kerajaan, bukan untuk kegunaan semasa bercuti. Ini dana pembayar cukai,” katanya.
Berdasarkan aplikasi FlightRadar24, selepas kepulangan Najib, pesawat 9M-NAA terbang ke Hawaii dan mendarat di beberapa destinasi seperti Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai, dan Bangkok, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Loke berkata, jawapan Shahidan ketika pertanyaan berkenaan kos jet berkenaan dibangkitkan di Parlimen amat mengecewakan.
"Sudah terlalu banyak kes penyalahgunaan pesawat ole
h keluarga Najib.
"Ini pesawat khas untuk kerajaan, bukan hanya Najib, tetapi pesawat ini pesawat kegemaran Najib," kata Loke.
Loke berkata, beliau menganggarkan kos penerbangan pesawat berkenaan ke Amerika Syarikat pada penghujung Disember lalu melebihi RM1 juta.
"Pembaziran wang rakyat ini mesti dihentikan dan rakyat mesti bangkit menuntut akauntabiliti Najib,” katanya. – 16 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.