Followers

Monday, March 16, 2015

4 lelaki ditahan hasut rakyat Sabah, Sarawak keluar Malaysia



Akaun Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia menggalakkan rakyat Sabah dan Sarawak keluar meninggalkan persekutuan Malaysia.

Akaun Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia menggalakkan rakyat Sabah dan Sarawak keluar meninggalkan persekutuan Malaysia

Empat lelaki didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 di Kota Kinabalu hari ini kerana membuat pungutan suara mengajak penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia, lapor The Star Online.

Pungutan suara itu dikatakan mempunyai kaitan dengan laman web Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang menggalakkan kedua-dua negeri Borneo itu meninggalkan persekutuan Malaysia, menurut portal berita berkenaan.

Empat tertuduh itu ialah Azrie Situ, 25, Suleiman Liku Markus Situ, 32, Erick Jack William, 29, dan Joseph Kolis, 29, yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Dean Wayne Dally.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Hasutan 1948. – 16 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/4-lelaki.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.